Laman blog yang memaparkan isu semasa dan aktiviti terkini Ranger River SMK Paka berkaitan masa depan sungai Paka khusus dan sungai di Malaysia amnya.

SUNGAI MEKONG

>> Wednesday, 23 February 2011

Puisi: Sungai Mekong

.
latiff mohidin.
Oleh Latif Mohidin
(Dipetik dari kumpulan puisi Sajak-Sajak Lengkap Latif Mohidin)
.
.
Sungai Mekong1
Sungai Mekong
kupilih namamu
kerana aku begitu sepi
kan kubenamkan dadaku
ke dadamu
kaki kananku ke bulan
kaki kiriku ke matahari
kan kuhanyutkan hatiku
ke kalimu
namaku ke muara
suaraku ke gunung.
.
2
Sungai Mekong
nafasmu begitu tenang
lenggangmu begitu lapang
di tebingmu
ada ibu bersuara sayu
mencari suara puteranya yang hilang
waktu ia merebahkan wajahnya
ke wajahmu
kau masih bisa senyum senang.
.
3
Sungai Mekong
akhirilah tari siang riakmu
kulihat di dasarmu
kuntum-kuntuman berdarah
batu-batu luka
malam ini
ribut dari utara akan tiba
tebingmu akan pecah
airmu akan merah
dan arusmu akan lebih keras
dari Niagara
.
Vientienne
1 Februari 1966

Read more...

PENYELIDIKAN: KAJIAN PENCEMARAN KUALITI AIR SUNGAI PASIR

>> Thursday, 10 February 2011




Read more...





  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP