Laman blog yang memaparkan isu semasa dan aktiviti terkini Ranger River SMK Paka berkaitan masa depan sungai Paka khusus dan sungai di Malaysia amnya.

Apa itu Sungai?

>> Tuesday 28 June 2011

Sungai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.
Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.

Sungai terpanjang di dunia

  1. Sungai Nil (6,690 km)
  2. Sungai Amazon (6,452 km)
  3. Sungai Yangtze (Chang Jiang) (6,380 km)
  4. Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km)
  5. Sungai Yenisei-Angara (5,550 km)
  6. Sungai Ob-Irtysh (5,410 km)
  7. Sungai Huang He (Kuning) (5,464 km)
  8. Sungai Amur (4,410 km)
  9. Sungai Congo (4,380 km or 4,670 km) (punca sungai ni dipertikai)
  10. Sungai Lena (4,260 km)

Sungai di Malaysia

  1. Sungai Kinabatangan
  2. Sungai Batu Lima
  3. Sungai Meliau
  4. Sungai Musi
  5. Sungai Kebun Cina
  6. Sungai Sibuga
  7. Sungai Tahan
  8. Sungai Melantai
  9. Sungai Puteh
  10. Sungai Pelenting
  11. Sungai Teku
  12. Sungai Baram
  13. Sungai Rajang
  14. Sungai Muar
  15. Sungai Pahang
  16. Sumgai Melaka
  17. Sungai Linggi
  18. Sungai Langat
  19. Sungai Kelang
  20. Sungai Selangor
  21. Sungai Perak
  22. Sungai Pahang

Read more...

KEBERSIHAN SUNGAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA

>> Sunday 19 June 2011

Kebersihan Sungai Tanggungjawab Bersama


Mutu kebersihan sungai di negara ini semakin merosot berikutan sikap masyarakat dan pemilik industri yang membuang sampah dan sisa kilang ke sungai sewenang-wenangnya. Bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir secara peribadi pernah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap masalah pencemaran ini. Pencemaran sungai di negara ini bukan sahaja gagal untuk membantu industri pelancongan bahkan keadaan ini juga boleh menimbulkan masalah jika sungai digunakan sebagai sumber air minuman. Ekoran dari ini, kerajaan menetapkan laporan kualiti alam sekitar merangkumi maklumat terkini mengenai kualiti air dan udara serta pencemaran di negara ini perlu disediakan setiap tiga bulan untuk dibentangkan kepada kabinet.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan program bagi menyedarkan masyarakat terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar. Gesaan dibuat supaya Jabatan Parit dan Saliran (JPS) sentiasa memperhebatkan kempen Cintailah Sungai Kita kerana kabinet masih tidak berpuas hati terhadap tahap kebersihan sungai. Kempen ini harus diteruskan dengan lebih hebat agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai serta pemilik industri. Hasil kajian yang dijalankan oleh JPS menunjukkan kira-kira 20 sungai mengalami pencemaran serius antaranya Sungai Klang dan Sungai Sepang di Selangor, Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Jimah di Negeri Sembilan dan Sungai Skudai di Johor kerana pembuangan sisa industri, sampah-sarap serta najis ternakan yang dibiarkan berlaku sesuka hati.

Kerajaan negeri juga amat perlu memainkan peranan dalam meningkatkan usaha serta rumusan jangka panjang kepada isu alam sekitar ini. Mereka boleh mengambil tindakan dan mengenal pasti sungai yang terdapat di negeri masing-masing kemudian membahagikan tahap kebersihan sungai itu kepada tiga kategori iaitu;

I) Sungai Bersih
II) Sungai Tercemar (sederhana)
III) Sungai Tercemar (teruk)

Selain itu, tindakan dan langkah segera perlu diambil untuk membersihkan sungai yang menghadapi masalah pencemaran di negeri masing-masing. Mereka juga harus berani bertindak dan mengambil tindakan untuk memberhentikan pencerobohan kawasan tadahan air.

Bagaimanapun, kesedaran dan sifat tanggungjawab individu terhadap alam sekitar adalah tonggak utama bagi memastikan masyarakat memberi tumpuan kepada penjagaan sejagat.

Read more...

Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran sungai

>> Saturday 11 June 2011




Langkah Mengatasi Masalah Pencemaran di Sungai.

August 26th, 2008 by Augustine Towonsing

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.

Rumusan.

August 26th, 2008 by Augustine Towonsing

Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan kajian ini sebagai sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai sumber keguanaan air domestik.
Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan  air sungai ini tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan sungai membuang sampah dan tidak memikirkan akibatnya.
Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama dilihat menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak terurus ini membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.
Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di kawasan  kajian  mengambil mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat ditanggani atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada masa hadapan. Oleh itu kita perlu menjaga sistem perparitan dan kebersihan sungai untuk bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga sungai adalah sumber air percuma.

Read more...

Animasi Briged Penyelamat Sungai

>> Friday 10 June 2011

Read more...





  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP