Laman blog yang memaparkan isu semasa dan aktiviti terkini Ranger River SMK Paka berkaitan masa depan sungai Paka khusus dan sungai di Malaysia amnya.

PUISI : Sungai Kehidupan oleh A.Ghafar Bahari

>> Saturday 10 September 2011

SUNGAI KEHIDUPAN

Inilah sungai hidupku
yang mengalir menyusuri
tebing-tebing sengsara
runtuh diatasku
sisa-sisa
tenggelam timbul
dihanyutkan jauh
keruh air di muara

sungai kehidupan ini
merengkuh nekadku
medan perjuangan
penuh warna
manis kata-kata
hanya laluan ini
membuat aku
lahir bersama parut
penuh dibadan

dan aku tidak akan menoleh lagi
dan aku akan lebih tidak peduli
walau telah jauh dihanyutkan
senda nyanyi ikan-ikan
bercengkerama

maafkan aku
aku tidak bersalah
dan aku bukanlah seorang penjenayah.

0 comments:






  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP